BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 16, 2011

BERSAMA UNTUK TRANSFORMASIKAN KEBAJIKAN MAHASISWA

Alhamdulillah, setelah selesai sesi PENAMAAN CALON bagi Pilihanraya Kampus (PRK) UUM semalam (16 Februari 2011). Saya salah seorang yang berjaya menempatkan diri sebagai Calon untuk kerusi UMUM. Agak gemuruh juga kerana saya bertanding atas tiket BEBAS dan tidak bersama rakan-rakan baik saya di Parti PERUBAHAN.


Saya perasan dan sedar bahawa perjuangan calon-calon BEBAS yang menggunakan motto TRANSFORMASI MAHASISWA ini dicop sebagai PRO-M UUM. Justeru itu, ingin saya tegaskan disini, bahawa kami calon-calon BEBAS ini bukanlah PRO-M. Banyak perbezaan antara PRO-M dan kami calon-calon BEBAS yang ada ini.

Kami calon-calon BEBAS yang bertanding ini (4 kerusi UMUM dan 3 kerusi Kolej ) telah sebulat suara bersetuju untuk bekerjasama atas tujuan menjimatkan kos. Calon-calon BEBAS yang berani tampil ini bukanlah ingin menentang pentadbiran Universiti. Tetapi telah lahir dari lubuk hati masing-masing untuk berjuang menjaga kebajikan mahasiswa setelah beberapa perubahan yang dibuat Universiti dirasakan terbeban oleh mahasiswa.

Apa yang membezakan kami calon BEBAS ini dengan Pro-M ialah, kami tidak ditaja oleh mana-mana pihak luar. Itu jelas. Kami bukan menentang pihak Universiti dengan membuat demonstrasi atau protes di dalam Universiti dengan cara tidak bermoral seperti sesetengah Pro-M lain. Tetapi kami berjuang untuk kebajikan bersama melalui saluran yang betul iaitu melalui PILIHANRAYA KAMPUS. Seperti juga Pilihanraya Umum di kebanyakkan negara. Dan ini juga satu proses yang diperlukan oleh pentadbiran untuk memastikan bahawa sesuatu tindakan mereka itu disenangi oleh rakyat atau tidak. Inilah dinamakan DEMOKRASI.

Kami ingin tampil kehadapan sebagai calon BEBAS juga adalah untuk memastikan suara bantahan dan rintihan rakan-rakan Mahasiswa/i Universiti Utara Malaysia ini didengar oleh pihak atasan. Justeru itu, ia sekaligus dapat menyedarkan pihak Pentadbiran sekiranya perubahan yang dilakukan mungkin tidak menyenangkan hati para Mahasiswa/i UUM.

Tujuan kami menggunakan tagline atau motto TRANSFORMASI MAHASISWA ini bukanlah bertujuan untuk menakutkan pihak-pihak tertentu. Tetapi ia timbul dari pelbagai sebab dan sudut. salah satunya ialah menjimatkan kos kami sebagai calon BEBAS untuk PRK pada 22 Februari 2011 ini. Ini membolehkan rakan-rakan BEBAS yang lain juga mempromosi diri sebagai calon BEBAS. Ini bukan satu pertubuhan, tetapi satu laungan yang dipersetujui oleh calon-calon BEBAS termasuk saya untuk menyemarakkan lagi semangat mahasiswa/i untuk turun mengundi disamping dapat mempromosikan diri kami sebagai calon BEBAS.

Saya dan rakan-rakan calon BEBAS yang lain telah juga bersetuju untuk meletakkan agenda yang disebutkan di perenggan ketiga di atas. Tetapi kami juga menghormati antara sesama calon BEBAS yang perlu ada identiti sebenarnya dalam diri masing-masing. Kerana "We are here to lead not to follow". Jadi kami telah bersetuju utnuk menghormati dasar dan perjuangan bagi setiap individu calon BEBAS itu sendiri.

Saya akan meneruskan perjuangan untuk menuntut hak yang dirasakan perlu sebagai Mahasiswa dan perlu juga ia berlandaskan AUKU. Harap kalian dapat menyokong sepenuhnya perjuangan kami sebagai calon BEBAS Universiti Utara Malaysia.

Salam TRANSFORMASI MAHASISWA.
NORZAIFUL BIN ZAINAL
CALON UMUM NO.6

Thursday, February 10, 2011

Buat Pertama Kali

Testing2... ngehehehehe... disbbkan mmber2 aku suruh gak buat blog, jadi dengan merangkak dari awal subuh tadi aku try sorang2 diri ntok buat blog.. Adei la, ade ke kat sini yang sediakan perkhidmatan update n upgrade blog erk?